Friday

Resepi Jus Anti Kanser

Mengambil jus setiap hari adalah satu langkah yang mudah dan sihat serta cara alami merawat kanser dengan meningkatkan sistem imunisasi badan. Di samping itu zat-zat  dan antioksidan yang terdapat didalam buah-buahan dan sayur-sayuran segar bersifat antikanser. Anda juga boleh mencampurkan biji aprikot dan blend kan sekali didalam jus. Dengan ini dapat mengurangkan rasa pahit jika biji aprikot dimakan begitu sahaja. Oleh itu ini bukan sahaja anda memakan vitamin b17 setiap hari tetapi juga mendapatkan khasiat vitamin daripada jus buah-buahan atau sayuran yang diminum.

Namun diet jus ini kurang disesuai untuk pesakit kanser yang sedang menjalani chemotherapy kerana, badan meraka berada dalam keadaan lemah dan sistem imunisasi tidak begitu kuat untuk melawan penyakit jika terdapat bakteria pada bahan-bahan segar yang dibuat jus.

Maka anda haruslah berhati-hati untuk membuat jus, pastikan  buah-buahan dan sayur-sayuran yang digunakan untuk membuat jus di basuh bersih-bersih supaya tidak terdapat kesan racun serangga yang melekat padanya.

Anda boleh mencampurkan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar untuk membuat jus. Pastikan anda menggunakan hanya air yang telah ditapis  (dinyah klorin) atau air mineral untuk membuat jus. Jangan tambah gula kerana gula merangsang pertumbuhan kanser, sebaliknya gunakanlah stevia atau madu liar jika perlu.

Jus begini amat baik di ambil sekurang-kurangnya setengah jam sebelum makan. Misalnya setiap pagi, tengahari, dan malam sebelum waktu makan.

Berikut adalah beberapa resepi jus yang anda boleh cuba.

Just Anti Kanser 1

1 biji Ubi bit
1 biji lobak
3 kepala brokoli dan batangnya
1 batang saderi
1/2 biji kentang
1/2 inci halia
1 biji epal bersama bijinya sekali (biji epal mengandungi vitamin b17)

Basuh semua bahan bersih-bersih dan masukkannya ke dalam blender. Jika ia berasa pelik, perahkan sedikit limau nipis kedalam jus. Jika ia terlalu pekat tambahkan sedikit air atau timun untuk mencairkannnya.

Jus Anti Kanser 2

3 biji tomato
1 batang saderi
1 batang timun
sedikit stevia atau madu liar
sedikit lada benggala
sedikit garam laut untuk rasa

Jus Campuran

Sebiji epal dengan bijinya sekali (biji epal mempunyai vitamin b17)
Lobak merah
sedikit timun
sedikit air limau nipis

Jus Delima (kaya dengan antioksidan)

Blend buah delima bersama biji-bijinya

Selain daripada itu, jus rumput gandum (wheatgrass) yang tinggi alkali  amat baik sebagai rawatan kanser alternatif.  Marilah sama-sama mengamalkan resepi jus anti kanser ini untuk meningkatkan sistem imunisasi badan kita bagi  menentang penyakit kronik seperti kanser.