Saturday

Tingkatkan imuniti badan dengan Habbatus Sauda

Bunga habbatus sauda
Kali ini , mari kita berkenalan pula dengan sejenis herba bijian bernama Habbatus Sauda (al Baraka) atau juga dikenali sebagai black seed atau Nigella Sativa didalam bahasa Inggeris. Habbatus Sauda digunakan dinegara timur tengah sebagai makanan tambahan untuk meningkatkan suistem imuniti badan. Ia juga terkenal sebagai pemakanan sunah datripada hadith-hadith nabi yang menyebut tentangnya.

Dari `Aisyah radhiyallahu `anha, Rasulullah bersabda :

Sesungguhnya Habbatus Sauda ini adalah obat dari segala penyakit, kecuali as-Saam. Aku berkata (Perawi hadits ini, yakni Khalid bin Sa'ad).  Apa itu as-Saam? dijawab (yakni oleh Ibnu Abi Atiq): Kematian. (HR. Bukhari)

"Gunakanlah Habbatussauda karena di dalamnya terdapat obat untuk segala macam penyakit,kecuali maut" (HR. Bukhori Muslim)  

Ada banyak khasiat-khasiat lain habbatus sauda ini yang juga merupakan pemakanan sunnah , antaranya ialah :-
Biji-biji habbatus sauda

 
·         Mengubati penyakit  Kencing Manis , ia  menurunkan kadar gula dalam darah
·         Memperbaiki sistem kekebalan tubuh (antibodi)
·          Mengubati penyakit paru-paru (Asma, Bronkhitis, TBC, dll)
·         Memperbaiki hormon sexual, tingkatkan kesuburan lelaki (kualitas & jumlah sperma).
·         Mengubati alergi, bersifat anti bakterial, anti tumor dan anti kanser
·         Anti radang (mengobati berbagai macam radang)
·         Mengubati penyakit yang disebabkan oleh infeksi virus seperti cacar, herpes, dll.
·          Mengubati batuk dan selesema
·         Mengatasi tekanan darah tinggi, mengubati tekanan darah rendah
·         Menyembuhkan infeksi saluran kencing
·         Meningkatkan stamina
·        Anti Oksidan dan anti penuaan
·         Menyembuhkan penyakit ginjal (batu ginjal)
·         Mengubati penyakit keputihan
·         Mengatasi kemurungan (depresion) dan kelelahan
·         Menguobati penyakit sawan (epilepsi) dan kekejangan.
·         Menormalkan kadar kolesterol dalam darah
·         Mengatasi gangguan kulit (eksim, jerawat, flek dan luka kulit)
·         Mengubati dan mengeringkan luka-luka yang terbuka
·         Memacu pertumbuhan rambut dan mengurangkan keguguran rambut
·         Mengubati gangguan pencernaan seperti cirit-birit
·         Mengubati sakit kepala (migrain)         
·         Menormalkan aktiviti otot-otot jantung
·         Menyembuhkan penyakit hati / hepatitis dan perlemakan hati karena alcohol


Jika anda mempunyai masalah kesihatan atau kanser , saya syorkan mengambil herba al baraka ini secara berterusan kerana ianya memang suatu anugerah tuhan yang hebat bertepatan dengan hadith nabi yang menyatakan ia adalah ubat bagi segala penyakit kecuali mati. Selamat mencuba.