Saturday

Sumber vitamin B17 semulajadi sebagai rawatan untuk kanser


Di dalam siri blog Ubat Sakit Kanser yang lalu kita telah mengetahui bahawa vitamin b17 dapat membunuh sel-sel kanser. Maka kali ini marilah kita mencari apakah sumber-sumber makanan yang mempunyai vitamin b17 ini. Sebenarnya banyak makanan yang mempunyai sumber vitamin b17 semulajadi, tetapi oleh kerana rasanya yang pahit, ramai yang tidak mengambilnya. Berikut ialah senarai makanan yang mempunyai vitamin b17 :-

Sumber Vitamin B17

Blackberi liar
Biji Epal
Biji Apricot
Biji Ceri
Biji Nektarin
Biji Pic
Biji Pir
Biji Plum
Biji Prun
Kacang Parang
Kacang Badam (pahit)
Kacang Macadamia
Daun Alfalfa
Daun Eucalyptus
Daun Ubi Kayu (cassava)
Rebung (Bamboo shoot)

Kita di Malaysia amat bernasib baik kerana pucuk ubikayu yang mengandungi banyak vitamin b17 adalah murah dan boleh dibeli di pasar-pasar. Namun jika anda tidak sukakannya anda boleh memakan biji epal bersama-sama dengan epal sekali, dengan cara ini rasa pahitnya dapatlah dikurangkan. Satu cara mudah untuk mendapatkan bekalan vitamin b17 harian ialah dengan membeli biji aprikot. Rasanya pahit namun ia boleh dimakan bersama buah-buahan atau biji-bijiran seperti oats, seperti anda memakan cornflakes atau muesli untuk sarapan.

Antara banyak-banyak sumber vitamin b17 semulajadi, biji aprikot sangat popular kerana ia mengandungi kandungan nitroliside atau vitamin b17 yang tinggi. Di samping itu, puak Hunza yang telah lama mengamalkan memakan buah aprikot serta biji aprikot didalam diet harian mereka telah membuktikan keberkesanan biji aprikot dalam pencegahan kanser.

Rawatan Kanser

Dalam hidup ini, mungkin anda pernah bertemu dengan orang yang menghidap kanser atau mungkin juga ada sendiri ada kanser. Selalunya bila terdengar tentang kanser, kita berasa takut sekali kerana ianya merupakan penyakit yang seakan-akan tiada ubatnya.

Meskipun terdapat rawatan kemoterapi, surgeri ataupun rawatan kanser yang lain. Namun tiada pun yang sedap didengar. Semuanya menyakitkan dan menyebabkan perubahan hidup seperti rasa lemah, rambut gugur dan lain-lain lagi.

Banyak juga orang yang saya kenal yang mendapat kanser. Antaranya ialah kakak saya sendiri yang mempunyai kanser payudara. Tahun lalu dia telah menjalani operasi membuang kanser payudaranya (masectomy). Ianya merupakan suatu pengalaman yang mendebarkan, untuk kami sekeluarga terutama anak-anaknya yang enam orang. Dia telah masuk dewan bedah pada 7.30 pagi dan tidak keluar sehinggalah 12 tengah malam.

Itulah antara tujuan saya menulis blog ini agar, kita sama-sama boleh mencari jalan lain untuk mengubat penyakit kanser ini. Saya percaya tuhan sebenarnya telah menciptakan penawar , ubat semulajadi dalam bentuk vitamin b17 yang dapat membunuh sel-sel kanser. Sebenarnya saya mula-mula mengetahui tentang vitamin b17 (leatrile) ini sejak melihat HalalBio dokumentari didalam astro oasis mengenainya. Untuk memahami bagaimana vitamin b17 dapat membunuh sel-sel kanser, saksikan video dibawah ini.




Mula-mula saya tak percaya mengapa selama ini ubat yang sudah lama sebenarnya tidak dihebohkan kepada orang ramai. Tetapi setelah membuat kajian mengenainya di internet barulah saya faham bahawa penawar kanser ini dirahsiakan kerana jika orangramai tahu mengenainya sudah tentu banyak pihak terutama pembekal ubat-ubatan, hospital dan doktor-doktor akan rugi besar kerana ubat-ubat serta rawatan kanser sangatlah mahal. Saksikan klip video dibawah ini.