Maaf kerana sudah agak lama saya tidak menulis di blog ini kerana agak sibuk dengan kerja. Kadang-kadang kerja yang bertimbun-timbun pun boleh mengakibatkan stres. Dan ramai kenalan saya yang terkena kanser mengaku bahawa faktor stres boleh secara tidak langsung menyebabkan penyakit kanser mereka merebak.
Ini ialah kerana stress secara tak langsung melemahkan sistem imuniti badan kita. Bila kita stress atau rasa tertekan ada diantara kita tak lalu makan atau terlebih makan atau makan makanan yang tidak berkhasiat. Senaman juga diabaikan. Ada juga yang tak cukup tidur, badan tak cukup rehat dan rasa letih. Semua faktor-faktor ini jika berpanjangan memudaratkan kesihatan kita.
Oleh itu amatlah penting sekali kita mencari cara-cara untuk mengurangkan stress atau tekanan kehidupan. Salah satu cara yang baik ialah dengan bersenam. Lakukanlah senaman seperti taichi atau pilates sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu. Jika anda tidak punyai banyak waktu, lakukanlah kerja-kerja rumah seperti menyapu, mop dan mengemas rumah. Dengan cara ini bukan saja badan banyak bergerak tetapi rumah anda juga lebih bersih dan teratur. Bila rumah bersih fikiran pun tenang dan secara tak langsung stres dapat dikurangkan.
Berkebun juga satu kegiatan yang amat baik kerana ia membantu kita mencapai ketenangan dengan menghayati kehijauan alam semulajadi dan udara yang segar. Vitamin D yang didapati dari sinaran matahari juga dapat membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh. Bila tanaman yang kita tanam mula berbunga dan berbuah, kita akan rasa gembira dan dengan cara ini stress dapat dikurangkan.
Menunggang basikal, berjogging dan berjalan juga merupakan senaman yang baik yang dapat bantu kita mengurangkan stress serta meningkatkan taraf kesihatan kita. Namun bagi mereka yang sibuk bekerja dan malas bersenam, cubalah letak kereta anda jauh sikit daripada pejabat dan cuba gunakan tangga daripada naik lif. Dengan cara ini , anda terpaksa berjalan untuk pergi ke pejabat dan balik dari pejabat.
Bagi yang beragama islam pula bersolat dan berdoa merupakan cara yang baik untuk mengurangkan stress, kerana tidak ada yang lebih baik daripada tuhan untuk membantumu didalam kesusahan. Bersolatlah dan dengan ikhlas hati dan berdoalah dengan tawaduk memohon pertolongan illahi. Bangkitlah disepertiga malam dan lakukanlah solat tahajud. Faedah solat tahajud amat banyak sekali. Menurut Dr Muhammad Soleh, pensyarah IAIN Surubaya solat tahajud yang dilakukan dengan khusyuk dan ikhlas dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan secara tak langsung menghindari penyakit seperti kanser.
Amalkanlah cara hidup yang sihat dan kurangkan stres dalam hidup. Jaga permakanan dan teruskan mengambil makanan yang kaya dengan vitamin b17 seperti biji aprikot. Jangan lupa mengambil banyak sayur-sayuran serta buah-buahan yang kaya dengan vitamin untuk tingkatkan sistem imunisasi anda. Dengan izin Allah anda dapat sembuh dari kanser.
Tuan/ Puan/ Datuk/ Datin,
ReplyDeleteBICARA ILMIAH – KANSER, ANDA DAN SOLUSI
Merujuk kepada perkara di atas, pihak kami dengan segala hormatnya menjemput ke majlis seperti di atas:
Tarikh: 1 Jun 2013
Masa: 2.30 petang
Tempat: Dewan Citra, No. 8-3A, Plaza Citra Kajang
(Di hadapan Masjid Jamek Kajang, bersebelahan
Hotel KK/Sen Heng Elektrik )
Penceramah Utama: Tuan Syed Abdul Jalil (Pengasas PrimaSeries)
2. Sebagai makluman ringkas, PrimaSeries merupakan produk daripada herba yang khusus untuk membunuh sel kanser dan juga berkesan merawat beberapa penyakit kritikal seperti buah pinggang dan masalah saraf. Sehingga sekarang sudah 7 tahun produk ini menjalani R&D.
3. Produk ini telah menjalani ujian pre-clinical dan yang terbaharu ia di sediakan di dalam bentuk suntikan (nano suspension) mula akan di berikan kepada pesakit di beberapa hospital kerajaan secara klinikal.
4. Melalui Bicara Ilmiah yang kami akan anjurkan ini kelak, ia akan dapat membantu anda untuk mendapatkan penerangan terperinci tentang penyelidikan dan perjalanan produk ini di pasaran.
5. Sayugia kiranya ahli tuan yang berminat, dapat sekiranya sahkan kehadiran mereka sebelum/ pada 29 Mei 2013 kepada En. Izzudin tel 019-2763273.
Terima kasih
MOHD YUNUS YUSOF
(Ketua Pegawai Eksekutif)
macam-macam produk muncul, semuanya claim boleh hapuskan sel kanser...ermmm entahlah
ReplyDeleteSalam, di sini saya ingin berkongsi satu cerita.
ReplyDeleteAnak kepada kawan saya menghidap kanser otak.
Tapi dia pendam sorang2.
Akhirnya, apabila kawan saya ni dapat tahu,
kanser otak tu dah sampai tahap 4.
Tahap 4 ni tahap paling tinggi.
Doktor cakap anak dia cuma ada 6 bulan sahaja lagi.
Tapi dengan izin Allah kawan saya berjumpa dengan seorang doktor pakar kanser yang sedang merumus formula baru untuk merawat kanser.
Doktor tersebut memberikan ubat baru itu kepada anak kawan saya ni.
Tak sampai 2 bulan, kanser tu hilang sepenuhnya.
Kini ubat tu dah dijual sebagai makanan tambahan.
Jadi kalau ada sesiapa yang ada kanser, jangan putus asa,
kalau nak cuba makanan tambahan yang ada ubat kanser ni
boleh telefon atau msg saya di 012 2201726. (khairul)
Dan kalau ada keluarga, ibu bapa, anak anak, sedara mara yang ada penyakit lain seperti darah tinggi, sakit sendi, buah pinggang, kongsi2 la cerita ni kat mereka.
Agar mereka menjadi lebih bersemangat dan ceria.
Sekian.
boleh cuba ambil extract AFA sejenis rumpai yang didapati mengandungi kandungan nutrien paling lengkap dan kajian saintifik membuktikan ianya membantu merangsang pengeluaran sel stem manusia dan haiwan.
Deletememang betul, stress boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik seperti hypertension jantung, dan kanser
ReplyDelete