Monday

Makanan beralkali dan makanan berasid

Saya harap ia tidak terlalu lewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf  Zahir & Batin untuk semua. Semoga kemenangan yang diraih dibulan syawal berpanjangan didalam hidup kita termasuklah dari segi kesihatan.

Untuk isu kali ini, marilah kita bincangkan tentang pentingnya  mengamalkan diet yang beralkali dibandingkan dengan diet yang berasid. Ini adalah kerana badan yang tinggi asid nya menggalakkan pertumbuhan kanser dan menyebabkan kita mudah sakit dan cepat letih. Sebaliknya makanan yang beralkali membantu menyihatkan badan kita.

Skala PH adalah daripada 0 sehingga 14. Nilai ph kurang dari 7 adalah asid (kurang oksigen) dan skala ph lebih dari 7 adalah alkali. Bila skala ph mencapai 8.5, sel-sel kanser akan mati dan sel-sel sihat akan hidup.

Oleh itu marilah kita kenali makanan  beralkali dan makanan berasid.

Makanan Beralkali

Sayur-sayur asparagus, brokoli, bayam mentah, timun, taugeh, bawang putih, limau, lemon, mangga, papaya, stevia, kacang hijau, kacang soya, salad, kubis, labu, tembikai, kurma dan buah tin (fig), keledek, teh hijau, wheatgrass, epal, anggur, kismis, kiwi, carrot, nenas,buah pir,  oren, pisang,tomato, avocado, madu liar, kulit kentang,  buah berangan, susu soya, susu ibu, susu kambing, keju susu kambing dan teh halia.

Perlu diingatkan walaupun  lemon dan limau dalam bentuk asalnya bersifat asid namun setelah mengalami proses penghadaman didalam badan ianya bersifat alkali.

Makanan Berasid

Madu yang diproses, gula putih, gula perang, pemanis tiruan seperti nutra sweet dan equal, buah dalam tin, ceri masam, buah plum, beri hitam, kranberi, prun, bayam yang dimasak, kentang tanpa kulit, coklat, kacang pecan , gajus, kacang tanah dan walnut, minyak jagung, roti, nasi, pasta, tepung gandum, ayam, daging lembu, daging babi, aiskrim, susu lembu, keju susu lembu, telor, yogurt, minuman bergas, teh, kopi dan bir.



Satu saranan yang baik ialah untuk membuat jus buah-buahan atau sayur-sayuran dari makanan beralkali, setiap hari dan meminumnya. Anda bolej juga blendkan sekali makanan yang kaya dengan vitamin b17 seperti biji aprikot bila membuat jus . Ini adalah satu bentuk rawatan kanser alternatif  yang sihat, mudah dan menyihatkan kerana badan anda akan mendapat bekalan vitamin-vitamin dan antioksiden yang diperlukan untuk meningkatkan sistem imunisasi badan untuk melawan kanser.

Namun oleh kerana banyak sayur-sayuran di pasar di sembur dengan racun serangga, maka mungkin ia satu idea yang baik untuk kita mula menanam sayur-sayur kita sendiri. Dengan ini kita dapat bekalan sayur-sayur organik. Kalau tidak pun, pastikan buah-buahan dan sayur-sayuran yang dibeli dicuci dengan sebersih-bersihnya supaya ianya selamat untuk dimakan.

Oleh itu marilah kita mengambil lebih banyak makanan beralkali dibandingkan dengan makanan berasid sebagai rawatan kanser alternatif yang sihat, alami dan tidak menyakitkan. Anda akan rasa lebih sihat dan bertenaga.

4 comments:

  1. Tkasih atas info yg sangat baik ini.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Saya nak tanya. Kenapa abah saya bila makan tembikai merah dia akan keluar darah berketul

    ReplyDelete