Saya percaya kaedah terbaik untuk mengubati sesuatu penyakit haruslah melibatkan aspek-aspek fizikal mahupun spiritual. Ini adalah kerana aspek-aspek spiritual juga memainkan peranan dalam sistem imunisasi seseorang itu.
Ramai diantara pesakit kanser yang saya kenali pernah menyatakan bahawa stress atau tekanan hidup menjadi antara penyebab sakit kanser. Ini adalah kerana apabila seseorang itu mengalami stress, sistem imunisasinya menjadi lemah. Dengan itu seseorang akan lebih mudah terkena penyakit.
Menggunakan ayat-ayat Al-Quran merupakan salah satu cara spritual yang anda dapat cuba dalam mengubati sesuatu penyakit. Gabungan cara fizikal seperti kawalan diet, senaman, cara hidup dengan cara spritual seperti penggunaan ayat-ayat al-Quran, dengan izin tuhan pesakit akan sembuh dengan lebih cepat.
Berikut ialah beberapa ayat-ayat Al-Quran yang dapat digunakan bagi merawat kanser yand dipetik daripada website 1khalifah.
Untuk mengecilkan sel-sel kanser : Surah Thahaa 105-107 (baca 7 x)
Untuk membunuh sel-sel kanser
1. Surah Al Qalam : 1-5
2. Surah Al Qalam : 16 - 20 (baca 7 x , ulang ayat ke 20 - 20 x)
Untuk sembuh dari kanser
1. Al Fathihah
2. Al Baqarah 1-5, 163-165, 255-257, 285-286
3. Ali Imran 1-5, 18, 26-27
4. Al A'raf 54-56, 117-119
5. Yunus 80-81
6. Thahaa 65-69
7. Mukminun 115-118
8. As-Shaafaat 1-15
9. Al Rahman 31-34
10. Al Hasyr 21-24
11. Al Mulk 3-4
12. Al Qalam 3-4
13. Al Jinn 3
14. Al Kafirun
15. Al Falaq
16. An Nas
Bacalah kesemua ini pada air untuk diminum dan dibuat mandian. Sebaik-baiknya gunakanlah air mineral atau air zam-zam untuk air minuman. Ini adalah kerana air zam-zam mempunyai sifat antioksida yang tinggi, saksikan video dibawah untuk keajaiban air zam-zam.
Bacalah kesemuanya dengan betul tajwid dan tartilnya serta yakin bahawa Allah dapat menyembuhkan penyakit anda. Allah jua yang berkuasa atas segalanya , Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.
Disamping itu anda juga disarankan untuk membaca Doa Nabi Yunus, Bismillah 5, Doa Nabi Ayub , ayat-ayat Syifa serta perbanyakkanlah beristigfar.
Bagi sesiapa yang ingin mencuba perubatan Islam, anda boleh merujuk dan klik di bawah
Darussyifa
Darussalam
Pusat Rawatan Islam At-Tobibi
Al-Hidayah - medic
Salam ..
ReplyDeleteyang ke 7 tu surag mukminnin ke surah mukminun ..surah mukminin cuma sampai ayat 85 shj
terimakasih atas teguran,maaf ia surah mukminun. pembetulan sudah di buat.
DeleteSungguh Al-Quran itu penawar
ReplyDeleteAmalan nie kena amal tiap2 hari or ada selang masa tertentu
ReplyDeleteKalau jadi amalan harian pun bagus.
DeleteSesungguhnya tiada penyakit yang Allah turunkan tanpa ubat kecuali MATI. jangan putus asa. usaha dan tawakkal itu peranan kita.
ReplyDeleteMinta izin diamalkan yer. Tq
ReplyDeleteMinta izin diamalkan yer. Tq
ReplyDelete