Saturday

Ayat-Ayat Al-Quran untuk Merawat kanser

Saya percaya kaedah terbaik untuk mengubati sesuatu penyakit haruslah melibatkan aspek-aspek fizikal mahupun spiritual. Ini adalah kerana aspek-aspek spiritual juga memainkan peranan dalam sistem imunisasi seseorang itu.

Ramai diantara pesakit kanser yang saya kenali pernah menyatakan bahawa stress atau tekanan hidup menjadi antara penyebab sakit kanser. Ini adalah kerana apabila seseorang itu mengalami stress, sistem imunisasinya menjadi lemah. Dengan itu seseorang akan lebih mudah terkena penyakit.

Menggunakan ayat-ayat Al-Quran merupakan salah satu cara  spritual yang anda dapat cuba dalam mengubati sesuatu penyakit. Gabungan cara fizikal seperti kawalan diet, senaman, cara hidup  dengan cara spritual seperti penggunaan ayat-ayat al-Quran, dengan izin tuhan pesakit akan sembuh dengan lebih cepat.

Berikut ialah beberapa ayat-ayat Al-Quran yang dapat digunakan bagi merawat kanser yand dipetik daripada website 1khalifah.

Untuk mengecilkan sel-sel kanser : Surah Thahaa 105-107 (baca 7 x)

Untuk membunuh sel-sel kanser

1. Surah Al Qalam : 1-5
2. Surah Al Qalam :  16 - 20 (baca 7 x , ulang ayat ke 20 - 20 x)

Untuk sembuh dari kanser

1. Al Fathihah
2. Al Baqarah 1-5, 163-165, 255-257, 285-286
3. Ali Imran 1-5, 18, 26-27
4. Al A'raf 54-56, 117-119
5. Yunus 80-81
6. Thahaa 65-69
7. Mukminun 115-118
8. As-Shaafaat 1-15
9. Al Rahman 31-34
10. Al Hasyr 21-24
11. Al Mulk 3-4
12. Al Qalam 3-4
13. Al Jinn 3
14. Al Kafirun
15. Al Falaq
16. An Nas

Bacalah kesemua ini pada air untuk diminum dan dibuat mandian. Sebaik-baiknya gunakanlah air mineral atau air zam-zam untuk air minuman. Ini adalah kerana air zam-zam mempunyai sifat antioksida yang tinggi, saksikan video dibawah untuk keajaiban air zam-zam.



Bacalah kesemuanya dengan betul tajwid dan tartilnya serta yakin bahawa Allah dapat menyembuhkan penyakit anda. Allah jua yang berkuasa atas segalanya , Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Disamping itu anda juga disarankan untuk membaca Doa Nabi Yunus, Bismillah 5, Doa Nabi Ayub , ayat-ayat Syifa serta perbanyakkanlah beristigfar.


Bagi sesiapa yang ingin mencuba perubatan Islam,  anda boleh merujuk  dan klik di  bawah

Darussyifa
Darussalam
Pusat Rawatan Islam At-Tobibi
Al-Hidayah - medic

9 comments:

  1. Salam ..
    yang ke 7 tu surag mukminnin ke surah mukminun ..surah mukminin cuma sampai ayat 85 shj

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih atas teguran,maaf ia surah mukminun. pembetulan sudah di buat.

      Delete
  2. Amalan nie kena amal tiap2 hari or ada selang masa tertentu

    ReplyDelete
  3. Sesungguhnya tiada penyakit yang Allah turunkan tanpa ubat kecuali MATI. jangan putus asa. usaha dan tawakkal itu peranan kita.

    ReplyDelete
  4. Apabila saya didiagnosis menghidap kanser tahap 4, saya berasa benar-benar putus asa. Doktor-doktor telah menyediakan saya untuk menghadapi kemungkinan terburuk, dan saya diliputi ketakutan dan ketidakpastian. Dalam masa yang sukar itu, saya telah menerima pelbagai testimoni daripada orang ramai, bagaimana mereka sembuh melalui perubatan Herba Dr Dawn, dan menghubunginya melalui WhatsApp beliau: ( +2349046229159 )

    Dia berjanji kepada saya bahawa saya akan sembuh semula dalam masa 1 bulan selepas saya menjelaskan semuanya kepadanya, saya memesan ubat herba tersebut dan mengikuti arahannya. Hari ini, saya amat bersyukur dengan keadaan saya sekarang. Segala puji bagi Tuhan kerana memberi saya kekuatan, bimbingan, dan penyembuhan. Saya bebas sepenuhnya dan ia telah disahkan secara perubatan. Malah seorang rakan sekerja saya juga telah sembuh melalui herba Dr DAWN.

    Jika anda atau seseorang yang anda kenali sedang menghadapi penyakit yang serius, sila berunding dengan Dr Dawn. Dan jangan pernah berputus asa. Kerana dia pasti akan menyembuhkan anda

    WhatsApp beliau: +2349046229159
    Emel: dawnacuna314@gmail.com

    ReplyDelete